23.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

Yakin strategi kerajaan mampu tingkatkan pendapatan rakyat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan keyakinan serta percaya dasar strategi yang dirangka oleh kerajaan mampu memberi impak positif dalam meningkatkan pendapatan rakyat.

Ismail Sabri berkata, dalam ucapannya di parlimen hari ini, Kerajaan akan meneruskan dasar strategi untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli terutamanya isi rumah miskin dalam kalangan B40.

Menurutnya, bagi pelan jangka sederhana dan jangka panjang, kerajaan akan menyediakan program peningkatan pendapatan serta peningkatan keupayaan, menambah baik akses kepada keperluan asas termasuk pendidikan, kesihatan dan perumahan.

“Selain itu, kerajaan juga akan menyediakan program menggalakkan keusahawanan dan akses kepada pembiayaan kewangan serta meningkatkan perlindungan sosial.

“Hal ini berikutan langkah kerajaan untuk mengurangkan tekanan terhadap individu dan isi rumah yang terkesan akibat pandemik COVID-19 selain lapan Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah disediakan kerajaan,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook tadi.

Terdahulu, dalam perkongsian di Facebook, Ismail Sabri menyatakan dalam sidang parlimen hari ini, beliau telah menjawab soalan mengenai kewajaran pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri Fasa 1.

“Langkah mengurung rakyat dengan lebih lama sudah tidak sesuai dan dikhuatiri dapat memberi implikasi buruk kepada kesihatan mental dan usaha membawa negara bebas dari pandemik COVID-19.

“Tindakan ini juga wajar selepas kerajaan mengambil kira tiga faktor termasuk penerimaan vaksinasi yang tinggi mencecah 74.7 peratus bagi yang lengkap dua dos, data penilaian risiko yang dijalankan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Baca juga:   Kerajaan kaji laksana sidang Parlimen secara hybrid - Takiyuddin
Baca juga:   11 aktiviti ekonomi sektor perdagangan dibenar beroperasi

Menurutnya, keutamaan kerajaan pada masa ini adalah untuk membuka sektor ekonomi secara berperingkat.

“Pembukaan 11 sektor ekonomi ini bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara, malah memberi peluang dan ruang untuk rakyat memperbaiki hidup,” katanya.

-EDISI9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa menziarahi pusara bekas 'sifu' atau mentor politiknya, Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan