30 C
Kuala Lumpur
Monday, October 3, 2022

181 SOP PPN akan dikurangkan kepada 10 sahaja

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan diperkemas dengan menjadikannya hanya 10 berbanding 181 SOP sekarang ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, terlalu banyak SOP yang diperkenal kerajaan dalam kesemua empat fasa PPN menyebabkan ia sukar difahami rakyat, kalangan industri dan pihak penguatkuasa.

“Langkah memperkemas SOP yang telah diguna pakai selama lebih setahun ini tentunya akan mengambil sedikit masa namun kerajaan komited untuk menyelesaikannya sebelum peralihan ke fasa endemik,” katanya dalam sidang media mengenai hasil Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19.

Turut serta dalam sidang media di bangunan Parlimen itu ialah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Hishammuddin berkata, bagi menentukan bagaimana SOP sedia ada dapat diperkemaskan, kerajaan bukan hanya mengambil kira data sains khususnya daripada Kementerian Kesihatan (KKM), tetapi juga maklum balas serta pandangan daripada pakar-pakar dan golongan industri.

“Perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari masa ke masa, kita mungkin akan mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk menyelesaikannya,” katanya.

Baca juga:   Najib, Khairy saling membidas isu kompaun Kit Siang

Hishammuddin berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik telah bersetuju untuk membenarkan beberapa kelonggaran baharu yang dinilai berada pada tahap risiko rendah.

Beliau berkata dalam menetapkan kelonggaran tersebut, kerajaan mengambil kira tekanan, kepenatan dan kelesuan rakyat selepas lebih setahun berada dalam situasi pandemik yang membataskan aktiviti dan pergerakan.

Baca juga:   Perlu terus patuhi SOP - Dr Noor Hisham

“Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana berisiko membawa kepada kesan yang lebih serius terutama menjejaskan kesihatan mental.

“Perdana Menteri akan mengumumkan beberapa kelonggaran tambahan bagi sektor sosial dan ekonomi dalam masa terdekat nanti,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Rakyat tak perlu bimbang amaran cuaca buruk dari Amerika

AMARAN cuaca buruk dikeluarkan di laman web rasmi kedutaan Amerika Syarikat (AS) kepada rakyat mereka di negara ini tidak...

Lagi Artikel Berkaitan