27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Vaksin CanSino diagih ke Pulau Mabul, Sabah – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pengagihan vaksin CanSino untuk penduduk di Sabah diteruskan lagi hari ini dan kali ini ke Pulau Mabul.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapannya di Twitter.

Dalam hantaran sama, beliau memuat naik dua keping gambar petugas kesihatan dalam perjalanan ke pulau itu.

Khairy berkata, pengagihan vaksin CanSino diteruskan ke Nabawan melibatkan 500 dos dan Pulau Mabul dengan 2,000 dos.

“Aktiviti pemberian vaksin CanSino kepada penduduk di Pulau Mabul akan dijalankan selama dua hari iaitu 1,000 dos hari ini dan 1,000 dos lagi esok,” katanya.

Sabah telah menerima sebanyak 44,000 dos vaksin CanSino sejak penghantarannya dibuat secara berperingkat sejak 28 Ogos lepas.

Proses pemberian vaksin itu mula dilakukan di Pulau Sebatik pada 29 dan 30 Ogos lalu, melibatkan 2,400 dos.

Manakala, sejumlah 1,200 dos pula diagihkan ke bahagian pendalaman Kinabatangan yang sehingga ini masih dilaksanakan.

Tambah beliau, penghantaran vaksin tersebut ke negeri itu melibatkan 180,000 dos dilakukan secara berperingkat bermula 28 Ogos sehingga Isnin depan.

CanSino merupakan vaksin COVID-19 yang hanya memerlukan satu dos untuk melengkapkan imunisasi penyakit tersebut dan ia akan diberikan secara meluar bagi penduduk pedalaman Sabah. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan