24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

5.8 juta penduduk Lembah Klang lengkap dos vaksin – JKJAV

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Individu di Lembah Klang yang telah mendapatkan suntikan dua dos vaksin COVID-19, terus mencatatkan peningkatan dengan seramai 5,798,337 individu telah melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam.

Dalam pada itu, seramai 6,903,990 individu telah menerima sekurang-kurangnya suntikan satu dos dibawah Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK).

Menerusi jumlah peratusan populasi dewasa di Lembah Klang, sebanyak 94.1 peratus dicatatkan bagi suntikan dos kedua (68.8 peratus populasi keseluruhan), manakala sebanyak 112.0 peratus bagi suntikan dos pertama (82.0 peratus populasi keseluruhan).

Jumlah Kumulatif Pemberian Dos Vaksin

Sehingga semalam, jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia adalah sebanyak 35,519, 754 dos.

Daripada jumlah itu, seramai 15,429,300 individu telah menerima suntikan dos kedua atau sebanyak 65.9 peratus, manakala seramai 20,115,233 individu menerima sekurang-kuranya suntikan dos pertama atau (85.9 peratus).

Advertisements

Sementara itu, empat negeri masih merekodkan jumlah peratusan populasi dewasa kurang daripada 50 peratus bagi suntikan dos kedua, berdasarkan kepada jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 berbanding lima negeri yang dilaporkan semalam.

Laporan Harian Pemberian Dos Vaksin

Empat negeri terbabit terdiri, Sabah dengan sebanyak 41.5 peratus; Kelantan (47.6 peratus); Kedah (47.9 peratus) dan Perak (48.9 peratus).

Dalam pada itu, berdasarkan laporan harian pemberian dos vaksin yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sebanyak 369,280 dos pemberian vaksin diberikan setakat 2 September 2021.

Daripada jumlah itu, sebanyak 181,635 bagi dos pertama, manakala sebanyak 187,645 bagi dos kedua.

Johor terus menerima jumlah pemberian harian dos vaksin COVID-19 tertinggi dengan sebanyak 24,221 bagi dos pertama dan sebanyak 32,691 bagi dos kedua.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan