33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Pegawai agensi kerajaan minta, terima rasuah ditahan SPRM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pegawai sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM5,000 daripada sebuah syarikat pengiklanan.

Memetik laporan Harian Metro, perbuatan itu dipercayai dilakukan lelaki berusia 44 tahun sejak 2017 hingga tahun lalu sebagai balasan membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek pembekalan pelekat kepada agensi terbabit.

Lelaki itu ditahan pada 2 petang hari ini di pejabat SPRM Selangor.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Lelaki itu dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada 9 pagi tadi untuk permohonan reman.

-EDISI9

Wartawan

Baca juga:   Ugut, ancam Ketua Hakim Negara, 'Apiez Bond' kena angkut

Terkini

Kylian Mbappe dinamakan kapten baharu Perancis

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps melantik penyerang muda sensasi, Kylian Mbappe sebagai ketua pasukan baharu skuad Les Bleus. Lantikan itu dibuat...

Lagi Artikel Berkaitan