30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Khairy buat keputusan, nama Adham pula yang ‘trending’

Mesti Baca

CYBERJAYA – Nama bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba tiba-tiba trending dalam media sosial hari ini gara-gara keputusan yang dibuat oleh penggantinya, Khairy Jamaluddin.

Ini berikutan tindakan Khairy dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang membuat keputusan menetapkan harga siling bagi menetapkan kit ujian COVID-19 bagi meringan beban terutama golongan B40.

Ekoran itu, nama Adham yang kini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjadi sebutan dalam kalangan warganet kerana beliau dikatakan ‘gagal’ melaksanakan apa yang Khairy lakukan walaupun Ahli Parlimen Rembau itu baharu empat hari mengetuai Kementerian Kesihatan.

Sehingga pukul 11 malam ini, sebanyak 10,000 kali nama Adham disebut menerusi twitter.

Seorang warganet Bala (@justmebala) berkata, keputusan mengurangkan harga kit ujian kendiri itu sehingga 50 peratus membuktikan Adham gagal melaksanakan apa yang Khairy lakukan.

“Mengurangkan (harga) sehingga 50 peratus selepas beberapa hari diberi tugas, ini membuktikan Adham Baba boleh lakukan sesuatu keputusan dengan cepat dan tegas, tetapi tidak dilakukannya.”

Amirah Cantik (@amirahcantik) pula berkata, amat sukar dipercayai tetapi ternyata Khairy tidak duduk diam selepas mendapat jawatan.

“Dia menunjukkan kepada kita apa yang beliau boleh lakukan, jadi persoalannya apa Adham Baba buat selama ini?

“Aku husnuzon sajalah mungkin KJ meneruskan apa yang Adham tak sempat (lakukan). Kami mahu lihat lebih banyak usaha seperti ini.”

Calvin Joseph (@calvinjoseph_) pula berkata, Adham meletakkan satu tahap yang rendah sehingga orang berfikir KJ dapat melakukan sesuatu lebih baik daripada yang beliau sepatutnya lakukan.

“Bukan nak memperkecilkan KJ. Dia melakukan semua perkara yang betul sebagai Menteri Kesihatan sekarang ini. Tapi jangan lupa, beliau hanya menjalankan tugasnya,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, harga runcit maksimum bagi kit ujian kendiri antigen COVID-19 di pasaran tempatan ditetapkan pada harga RM19.90 seunit berkuatkuasa serta-merta Ahad ini.

Perkara itu diputuskan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi kenyataan akhbar bersama hari ini.

Pada masa yang sama, harga borong maksimum bagi kit ujian sama pula ditetapkan pada harga RM16 satu set. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan