Tuesday, July 28, 2026

Kedutaan China di Malaysia sumbang RM100,000 kepada MBM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kedutaan China di Malaysia telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi membantu golongan terkesan akibat pendemik Covid-19.

Sumbangan sempena Program Prosperity Box berkenaan telah disampaikan sendiri oleh Duta China di Malaysia, Ouyang Yujing kepada Presiden MBM, Jufitri Joha di Kedutaan China di Kuala Lumpur.

Menurut Jufitri, Duta China menjelaskan sumbangan yang disampaikan oleh kedutaan berkenaan adalah lambang persahabatan antara China dan Malaysia sejak 47 tahun lalu.

“Duta China juga sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan belia dan berharap bantuan berkenaan dapat membantu rakyat Malaysia yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Jufitri mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan China di Malaysia dan berharap agar sumbangan berkenaan akan dapat mengeratkan lagi silaturahim serta nilai kemanusiaan.

“Program ini akan digerakkan oleh MBM melalui inisiatif Relawan Untuk Malaysia bagi membantu golongan yang memerlukan.

Turut hadir sempena penyampaian sumbangan berkenaan ialah Penolong Setiausaha Agung MBM, Kavita Maheendran dan Exco MBM, Mohd Faiz Suhaimi.

-EDISI9

Terkini

NREA 2026 terima 117 penyertaan, melibatkan 23 kategori

ANUGERAH Hartanah Nasional (NREA) Ke-18 anjuran Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) mengiktiraf 83 penerima, sekali gus meraikan kecemerlangan pengamal...

Lagi Artikel Berkaitan