24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tidak perlu tunggu RUU, terus lapor pihak berkuasa – Rina

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEPANG – Mangsa gangguan seksual digesa terus membuat laporan kepada pihak berkuasa tanpa menunggu Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan gangguan seksual diluluskan di Parlimen.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, sekiranya terdapat gangguan seksual, perlu terus membuat aduan ke balai polis dan talian kasih 15999 di bawah (KPWKM).

Menurutnya, RUU berkaitan gangguan seksual ini adalah baharu dan tidak sama sebelum ini yang membabitkan banyak kementerian lain.

“Draf rang undang-undang itu kini pada peringkat akhir bagi penelitian Jabatan Peguam Negara,” katanya selepas Penyampaian Penerima Bantuan Prihatin Negara di sekitar Sungai Pelek di sini.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) terhadap KPWKM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggerakkan pembentangan Rang Undang-Undang berkaitan jenayah gangguan seksual di dewan rakyat secepat mungkin.

KMUM dalam satu kenyataan, berkata kesatuan mengambil maklum bahawa Menteri KPWKM telah memaklumkan akan membentangkan Rang Undang-Undang berkenaan pada tahun 2020 tetapi sehingga kini masih tiada perkembangan mengenainya.

Advertisements

Dalam masa sama, Rina memberi jaminan akan mengesa kementerian terbabit mempercepatkan untuk proses pembentangan RUU berkenaan.

“Negara kita ada undang-undang sedia ada. Bila siap nanti (RUU) kita tunggu,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, yang penting adalah dari segi kesedaran dan kepekaan masyarakat.

“Jaga diri sendiri dan advokasi perlu diteruskan,” katanya.

Sekitar RM1.5 bilion telah disalurkan kepada penerima menerusi inisiatif tersebut dibawah kementerian setakat Julai lalu dan RM1.8 bilion tahun lepas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan