29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

RMK-12: Peruntukan RM400 bilion projek sambungan, baharu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Peruntukan pembangunan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) akan lebih menumpukan kepada projek sambungan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan memperuntukkan RM 400 bilion untuk membiayai projek sambungan dan projek baharu dibawah RMK-12.

Menurutnya, RMKe-12 ini digubal ketika dunia sedang mengharungi cabaran getir pandemik COVID-19.

“Ramai dalam kalangan kita, Keluarga Malaysia yang terkesan. Dalam persekitaran dan kebiasaan baharu ini, ada yang hilang nyawa dan pekerjaan.

Demi kelangsungan hidup, ada di antara kita yang terpaksa menceburi bidang kerja yang baharu atau melakukan dua pekerjaan dalam satu masa.

“Kerajaan banyak menerima cadangan daripada orang ramai, Ahli Parlimen dan kerajaan negeri. Namun, oleh kerana keperluan yang amat besar untuk melindungi nyawa dan kehidupan pada tahun 2020 dan 2021, ruang bagi melaksanakan projek pembangunan adalah amat terhad,” katanya semasa membentangkan RMK-12 di Parlimen hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau menjangkakan kedudukan kewangan Kerajaan akan bertambah baik pada tahun 2023, apabila ekonomi semakin kukuh.

“Isu kemiskinan sangat dekat di hati saya. Dilahir dan membesar daripada keluarga penoreh getah, saya sangat memahami kesusahan dan kepayahan hidup rakyat.

“Pandemik COVID-19 yang melanda telah meningkatkan kadar kemiskinan, menjejaskan pendapatan individu dan isi rumah, seterusnya menghimpit keluarga kita dalam kemiskinan.

Menurutnya, unit khusus pada peringkat Persekutuan dan di pejabat daerah akan ditubuhkan.

“Unit berkenaan akan bertanggungjawab menyelaras pangkalan data secara bersepadu serta semua program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan, sektor korporat dan CSO.

“Dengan adanya pegawai yang diberi tugas khusus, untuk menguruskan perihal kemiskinan pada peringkat daerah, saya yakin kemiskinan tegar dapat dibasmi pada tahun 2025.

Menurutnya, usaha yang lebih bersepadu akan dilaksana untuk meningkatkan pendapatan, dan menangani kenaikan kos sara hidup isi rumah B40 serta kumpulan mudah terjejas.

“Bantuan bersasar seperti pemberian wang tunai dan perlindungan sosial, akan diteruskan kepada mereka yang layak. Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat di luar bandar, dengan kos sebanyak RM1.5 bilion akan diperkukuh bagi meningkatkan kebolehpasaran, kesejahteraan dan kuasa beli keluarga B40.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh bersendirian dalam perjuangan ini.

“Saya menyeru sektor korporat dan orang perseorangan untuk membantu Keluarga Malaysia keluar dari kepompong kemiskinan. Sekecil mana pun bantuan yang dihulurkan, termasuk melalui sumber pembiayaan alternatif seperti zakat dan wakaf, jika digembleng akan membawa manfaat yang besar.

“Dalam aspek pendidikan, lebih ramai murid daripada keluarga B40 akan diberi keutamaan untuk kemasukan ke sekolah berprestasi tinggi dan pemberian biasiswa.

Manakala menurutnya, dalam aspek kesihatan pula, akses kepada penjagaan kesihatan akan diperluas.

“Isu kekurangan zat dan tumbesaran dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga B40 semakin meningkat. Untuk tujuan itu, isu ini akan ditangani secara komprehensif termasuk melalui makanan berkhasiat.

Menurutnya, bagi meningkatkan keupayaan, kemahiran dan daya saing mencari pekerjaan golongan M40, program latihan dan latihan kemahiran semula serta aktiviti keusahawanan akan ditingkatkan.

“Mereka juga akan digalakkan untuk melanggan insurans kesihatan dan pekerjaan pada kadar yang mampu dibayar.

“Selain itu, kita akan memastikan anak-anak M40 mendapat akses kepada pendidikan berkualiti pada kos yang berpatutan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan