34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

RMK-12: Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2025

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pembaharuan menyeluruh yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan membantu perlaksanaan hasrat Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tujuan pembaharuan berkenaan bukanlah untuk menjana kekayaan negara semata-mata, sebaliknya, untuk menangani beberapa cabaran struktur ekonomi.

Selain itu menurutnya, pembaharuan berkenaan juga adalah bagi menyediakan tenaga kerja masa hadapan, meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia dan merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.

“Bagi tujuan ini, tiga Tema dan empat Pemangkin Dasar serta 14 Pemacu Perubahan diperkenalkan dalam RMK-12. Kerajaan mengambil pendekatan keseluruhan negara, atau whole-of-nation approach yang melibatkan seluruh jentera dan agensi kerajaan, industri serta masyarakat dalam satu misi tunggal untuk melaksanakan pembaharuan.

“Ia juga bagi memastikan pelaksanaan kaedah yang lebih berkesan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya semasa membentangkan RMK-12 di Parlimen hari ini.

Dengan objektif ‘Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan’, RMK-12 mempunyai empat matlamat utama iaitu Pertama iaitu Pertumbuhan  Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) disasarkan pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus setahun dalam tempoh 2021-2025.

Ismail Sabri berkata, matlamat kedua ialah purata pendapatan isi rumah dianggarkan sebanyak kira-kira RM10,000 sebulan pada tahun 2025.

Menurutnya, ketiga, jurang KDNK perkapita antara Wilayah Tengah dan Sabah dikurangkan kepada 1 nisbah 2.5, manakala bagi Sarawak dikurangkan kepada 1 nisbah 1.2 pada tahun 2025.

“Kempat, pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca atau Green House Gas (GHG) sebanyak 45 peratus kepada KDNK pada tahun 2030 berdasarkan intensiti pelepasan pada tahun 2005, sejajar dengan Perjanjian Paris 2015.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan