Wednesday, June 17, 2026

Pensyarah ditahan SPRM, beri kontrak RM46,000 kepada keluarga

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUTRAJAYA – Seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian kontrak bernilai kira-kira RM46,000 kepada kakak kandung dan abang iparnya.

Menurut sumber, wanita bergelar doktor berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi semalam di Pejabat SPRM Putrajaya di sini.

Difahamkan, kontrak tersebut ialah projek pembekalan barang pejabat dan pembelian serta penyelengaraan mesin jahit di sebuah jabatan di universiti berkenaan pada tahun 2015 sehingga 2017.

Bagaimanapun, suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai diambil keterangan petang semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd. Anuar Ismail mengesahkan tangkapan tersebut .-Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan