30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

17,653,079 individu telah lengkap dos setakat semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 terus meningkat dengan seramai 17,653,079 orang setakat semalam.

Jumlah itu bersamaan 75.4 peratus populasi dewasa telah lengkap vaksinasi atau 52.1 peratus populasi keseluruhan.

Manakala, seramai 21,649,228 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 atau bersamaan 92.2 peratus populasi dewasa (66.3 peratus populasi keseluruhan)

Sehingga 14 September, 11.59 malam, sebanyak 39,234,306 jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada rakyat Malaysia.

Peratusan populasi dewasa bagi dos kedua suntikan vaksin di Sabah terus meningkat dengan merekodkan sebanyak 51.9 peratus.

Advertisements

Ia membabitkan jumlah penerima seramai 1,431,093 orang.

Sementara itu, semalam sahaja jumlah pemberian harian dos vaksin negara adalah sebanyak 243,971 dos.

Daripada jumlah itu, sebanyak 71,658 bagi dos pertama manakala sebanyak 172,313 dos kedua vaksin COVID-19.

Johor terus merekodkan jumlah pemberian harian vaksin tertinggi dengan sebanyak 12,210 dos pertama dan sebanyak 34,163 dos kedua.

Sementara, Labuan merekodkan pemberian vaksin COVID-19 harian terendah dengan sebanyak 135 bagi dos pertama dan sebanyak 55 bagi dos kedua – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pengundi Melayu di Kuala Kubu Baharu mula berubah sikap

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pengundi Melayu mula berubah sikap terhadap...

Lagi Artikel Berkaitan