33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

MINDEF sedia bantu KPM, operasi sekolah lancar di kem ATM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Pertahanan sedia bekerjasama dan membantu Kementerian Pendidikan(KPM) bagi membolehkan pembukaan sekolah secara berperingkat berjalan lancar termasuk di semua sekolah dalam kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau telah suarakan komitmen itu kepada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin bahawa pihaknya sedia bekerjasama rapat dan bantu KPM dengan sedaya upaya dalam pengoperasian semula sekolah.

Beliau berkata, ATM sedia aturgerak anggota untuk bantu guru serta kakitangan KPM dalam membuat persiapan sebelum sekolah dibuka termasuk di sekolah dalam kem-kem ATM.

Advertisements

“Kita juga akan bantu KKM melancarkan proses pemberian vaksin kepada pelajar termasuk anak-anak warga ATM berumur 16 hingga 17 tahun.

“Di samping itu, bantuan dari segi menyediakan test kit untuk sekolah-sekolah dalam kem ATM,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini.

Dalam masa sama katanya, MINDEF dan KPM juga akan bekerjasama bagi memperkasa pusat tuisyen dalam kem-kem ATM demi kepentingan pendidikan anak-anak warga ATM.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan