27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Malaysia sumbang peralatan perubatan kepada Indonesia

Mesti Baca

CYBERJAYA – Malaysia hari ini menyerahkan sumbangan pelbagai peralatan dan keperluan perubatan kepada Indonesia yang turut menghadapi pandemik COVID-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, antara keperluan yang disumbangkan termasuk 880 unit Oxygen Concentrator; 22,220 kotak suit perlindungan peribadi (PPE) dan 17,250 kotak pelitup muka.

Turut disumbangkan ialah 1,146 kotak pelindung muka; 9,300 kotak sarung tangan perubatan; 1,150 kotak sanitasi serta beberapa lagi peralatan lain.

Beliau berkata, semua sumbangan tersebut akan dihantar terus ke negara jiran itu menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“ATM (Angkatan Tentera Malaysia) amat bangga untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini yang mana peralatan-peralatan perubatan yang disumbangkan Malaysia ini akan dihantar ke Indonesia menggunakan pesawat khas TUDM,” katanya.

Pelbagai peralatan perubatan sumbangan Malaysia dihantar ke Indonesia menggunakan pesawat TUDM.

Beliau berkata demikian menerusi Facebooknya selepas menyertai majlis penyerahan bantuan peralatan tersebut di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Advertisements

Hadir sama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.

Sementara itu, Saifuddin berkata, sumbangan yang disampaikan negara itu berpaksikan kepada semangat serumpun serta hubungan yang kukuh antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, usaha tersebut dilakukan dengan kerjasama rapat antara pelbagai agensi dan kememerian di negara ini.

“Semoga Malaysia dan Indonesia menang bersama dalam usaha kita memerangi COVID-19. Tiada yang selamat sehingga semuanya selamat,” katanya.

Sehingga semalam, kes COVID-19 di Indonesia telah mencapai 4.2 juta termasuk 92,328 kes terbaharu yang direkodkan dengan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 139,415 orang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan