32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

KeTSA sedia kerjasama bantu pelihara HSKLU

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sedia membantu Kerajaan Selangor bagi memelihara dan memulihkan kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains memberikan kerjasama tersebut bagi memastikan fungsi dalam memberikan perkhidmatan ekosistem sentiasa terperihara di samping bagi mencegah kebakaran di hutan paya gambut itu.

Menurut beliau, KeTSA menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri Selangor menghentikan cadangan pelan pembangunan ke atas kawasan HSKLU seluas 536.7 hektar yang dinyahwartakan baru – baru ini dan selebihnya akan memulakan proses pewartaan semula sebahagian besar kawasan terbabit sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK).

“KeTSA juga menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengekalkan status kawasan gantian seluas 579.64 hektar yang diwartakan sebagai HSK iaitu Hutan Simpan Sungai Panjang, Hutan Simpan Buloh Telor Barat, Hutan Simpan Buloh Telor Timur dna Hutan Simpan Broga.

“Ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi kawasan berhutan selaras dengan komitmen yang dinyatakan diperingkat antarabangsa,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Dalam masa sama, beliau berkata, KeTSA juga mengalu-alukan penglibatan semua pihak termasuk badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak komuniti setempat untuk memulihkan hutan simpan ini.

Takiyuddin berkata demikian merujuk kepada kenyataan media Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari yang dikeluarkan pada 8 September berhubung Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).-Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan