29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 20, 2021

Azalina syor Peguam Negara sebagai Menteri Undang-undang

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta agar mempertimbangkan cadangan menjadikan seorang Peguam Negara sebagai Menteri Undang-undang.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, asas kepada cadangan itu dibuat bagi membolehkan Peguam Negara hadir ke Dewan Rakyat untuk menjawab isu-isu berkaitan perundangan.

Beliau berkata, cadangan tersebut bukan sesuatu yang baharu kerana pelantikan sama pernah dibuat sebelum ini.

“Saya nak cadangkan kepada kerajaan, kalau Menteri Undang-undang boleh respons, bahawa kita pernah mempunyai seorang menteri Kabinet, yang juga Peguam Negara iaitu Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusof dan Tan Sri Hamzah (Abu Samah).

“Jadi sekurang-kurangnya Peguam Negara boleh datang ke Dewan dan menjawab semua soalan berkaitan undang-undang.

“Tak payah menteri menunggu masa dan memberi jawapan secara bertulis, yang kadang-kadang lengkap dan kadang-kadang tidak,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini, seperti dilapor Sinar Harian.

Isu tersebut turut dikongsi bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu menerusi twitternya.

Baca juga:   Annuar sedia rangka hala tuju KKMM perkasa sektor digital

Sementara itu, Azalina turut mengulangi gesaan supaya fungsi dan peranan Peguam Negara serta Pendakwa Raya dipisahkan.

Katanya, ia bagi menjamin aspek keadilan dan memenuhi prinsip keluhuran undang-undang serta mengelakkan berlakunya percanggahan kepentingan.

Menerusi twitternya, Azalina berkata, Peguam Negara boleh menjadi pelantikan politik semenraea Pendakwa Raya pula dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidamtan yang khas seperti pelantikan Hakim.

Baca juga:   Pak menteri, lantiklah pegawai media yang 'elok' sikit

Dalam pada itu, beliau turut memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar Rang Undang-undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021 yang dikemukakan secara bersendirian diambil alih oleh kerajaan.

Katanya, kerajaan boleh mengemukakan RUU secara bersama dengan Akta Antilompat Parti secara ‘fast track’ untuk dibentang dan dibincangkan di peringkat Dewan Rakyat.

“Penerimaan RUU Pemecatan Ahli Parlimen persendirian seiring dengan wawasan Perdana Menteri utk mewujudkan Parlimen yg lebih berwibawa,” katanya.

Perdana Menteri, menerusi transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan yang diumum baru-baru ini bersetuju untuk membentangkan RUU Antilompat parti di Parlimen.

Sebelum itu, Azalina mengemukakan RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021 kepada Speaker Dewan Rakyat sebagai usul persendirian. – Edisi 9

Baca juga:   Perjuangkan politik perpaduan hapuskan politik kebencian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Mengisi semangat patriotisme selepas 16 September

Oleh MOHD ZAINI OTHMAN MERIAH di corong radio memainkan lagu Tanggal 31 Ogos dendangan Allahyarhan Sudirman Hj Arshad serta lagu-lagu...

Lagi Artikel Berkaitan