32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pelancong ke Langkawi wajib jalani pengesanan COVID-19

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Semua pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi bermula 16 September ini wajib menjalani ujian pengesahan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan mereka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, mereka perlu menjalankan ujian pengesanan sama ada RT-PCR atau RTK-Antigen di mana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta 48 jam sebelum tarikh berlepas.

Beliau berkata, keputusan ujian itu hendaklah dibawa bersama untuk pemeriksaan di pintu masuk baik lapangan terbang atau terminal feri sebelum berlepas.

“Pelancong boleh membeli kit ujian kendiri saliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk ujian pengesanan COVID-19 di tempat saringan yang disediakan.

“Pelancong boleh membeli kit ujian kendiri saliva melalui perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak swasta di tempat saringan di lapangan terbang atau terminal feri dan menjalani ujian pengesanan di situ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pelancong yang mahu ke Pulau Lagenda itu tidak diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19.

Bagaimanapun perkara itu tidak dipersetujui oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan mereka yang tiba di pulau itu tetap menjalani ujian pengesanan wabak tersebut.

Advertisements

Menjelaskan perkara tersebut, Khairy berkata, ujian pengesanan itu akan dilakukan terhadap individu dewasa (18 tahun ke atas) serta remaja dan kanak-kanak berusia 7 hingga 17 tahun.

“Bagi kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah, hanya saringan gejala akan dilakukan mengambil kira keupayaan mereka untuk mengeluarkan saliva.

“Kumpulan kanak-kanak ini mesti bersama ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap vaksinasi, bukan kes positif atau kontak rapat kepada kes positif dan hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, ujian pengesanan COVID-19 yang dijalankan di lapangan terbang dan terminal feri terlibat akan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas.

Katanya, hanya mereka yang disahkan positif COVID-19 sahaja diberikan meneruskan perjalanan manakala yang negatif tidak dibenarkan dan akan diurus sebagaimana SOP pengurusan kes COVID-9 dan kontak rapat sedia ada.

“Saya ingin memberi penekanan bahawa pelaksanaan gelembung pelancongan ini tidak bermakna kerajaan memberi kelonggaran kepada masyarakat untuk tidak mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri,” katanya.

Pada 2 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan dengan Langkawi sebagai projek perintis bermula 16 September.

Kejayaan projek rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama ini sangat penting untuk menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan lain seterusnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan