24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Labuan sifar kes, Sarawak kembali catat kes tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tiada jangkitan kes direkodkan di Labuan, pada hari ini dan Sarawak kembali mencatatkan angka kes tertinggi.

Sarawak sahaja pada hari ini, merekodkan kes baharu sebanyak 4,709 kes dan menjadi penyumbang kepada jumlah keseluruhan kes, iaitu sebanyak 19,495 kes baharu jangkitan COVID-19 negara.

Maklumat tersebut dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook di sini.

Beliau berkata, secara keseluhannya jumlah kes positif COVID -19 negara kini mencecah 2,030,935 kes.

Menurutnya, selain Sarawak, negeri lain yang turut merekodkan angka kes empat digit adalah Selangor dengan 2,710 kes, Sabah (2,015 kes), Johor (1,860 kes), Pulau Pinang (1,757 kes), Kelantan (1,434 kes), Kedah (1,178 kes) dan Perak (1,174 kes).

“Selebihnya, Terengganu (993 kes), Pahang (766 kes), Kuala Lumpur (363 kes), Negeri Sembilan (222 kes), Melaka (190 kes) dan Perlis (108 kes) dan Putrajaya (16 kes),” katanya.

Advertisements

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 1,272 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 641 kes pula memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 18,760 kes sembuh dicatatkan dengan jumlah kes sembuh daripada COVID -19 sebanyak 1,783,339 kes,” katanya.

Beliau berkata, daripada 19,495 kes harian yang dilaporkan, sebanyak 308 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Selebihnya sebanyak 19,187 kes (98.4 peratus) lagi terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 25 kluster baharu dikenal pasti lagi pada hari ini terdiri daripada 14 kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan masing-masing satu kluster pendidikan lain dan keagamaan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan