25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Malaysia-Korea Selatan tingkat kerjasama pertahanan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Korea Selatan komited mempertingkatkan kerjasama pertahanan sedia ada dan meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam aspek kerjasama ketenteraan serta industri pertahanan.

Perkara tersebut dinyatakan ketika kunjungan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan ke atas rakan sejawatnya, Lee Jong-Sup, di Seoul, hari ini.

Kementerian Pertahanan (Mindef) menerusi kenyataan berkata, pertemuan itu bertujuan untuk membincangkan hala tuju pemerkasaan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

“Kedua-dua Menteri Pertahanan turut membincangkan peranan Malaysia dan Korea Selatan selaku pengerusi bersama dalam bidang keselamatan siber bagi Kumpulan Kerja Pakar ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohamad kini sedang dalam lawatan kerja ke Korea Selatan selama dua hari sejak semalam.

Menurut Mindef, sempena lawatan kerja itu, Mohamad telah dijemput untuk menghadiri Seoul Defense Dialogue (SDD) 2023 dan Seoul Aerospace & Defense Exhibition (ADEX) 2023 yang sedang berlangsung.

Advertisements

Katanya, penyertaan delegasi Malaysia ke SDD 2023 dan ADEX 2023 adalah bagi menzahirkan komitmen berterusan Malaysia untuk terus mengukuhkan kerjasama pertahanan bersama Republik Korea.

“Menteri Pertahanan juga berkesempatan mengadakan pertemuan dengan ketua delegasi negara lain yang hadir.

“Antaranya Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles; Menteri Negara Kanan di Kementerian Pertahanan Singapura, Heng Chee How, Menteri Negara di Kementerian Pertahanan United Kingdom Baroness Goldie DL dan Menteri Pertahanan II Brunei, Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Seri Awang Halbi Mohd. Yussof.

Pada 2022, Kerajaan Malaysia dan Korea Selatan telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) berhubung kerjasama dalam bidang pertahanan.

Sementara itu, pada Februari lalu, Mindef telah menandatangani Surat Setuju Terima bagi perolehan 18 unit FA-50 Block 20 Fighter Lead-In Trainer-Light Combat Aircraft (FLIT-LCA) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan