Thursday, June 4, 2026

KWSP beroperasi sementara di Giant Mall Nilai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CAWANGAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Nilai, Negeri Sembilan akan beroperasi untuk sementara waktu di Giant Mall Nilai pada hari ini dan esok berikutan kerja-kerja pembersihan yang masih dijalankan di atas bangunan cawangan.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, KWSP berkata, waktu operasi adalah dari 10 pagi hingga 4.30 petang.

“Perkhidmatan kaunter penuh disediakan di dalam Giant Mall Nilai, serta sebuah unit Mobile KWSP di tempat letak kereta pusat beli-belah tersebut.

“Selain lokasi sementara di Giant Mall Nilai, ahli dan majikan juga boleh mengunjungi cawangan KWSP lain yang terdekat,”kata kenyataan itu.

KWSP berkata, penutupan sementara cawangan KWSP Nilai adalah berikutan arahan pengungsian bangunan daripada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) semalam berhubung kebimbangan struktur di atas bangunan cawangan itu.

“Premis-premis perniagaan lain di kawasan sekitar turut diarahkan berpindah sebagai langkah berjaga-jaga,”menurut kenyataan itu. –Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan