KERAJAAN telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 billion untuk memperbaiki infrastuktur di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ini bagi merialisasikan penanaman padi lima musim dalam dua tahun seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.
“Pembaikan ini meliputi pengairan dan jaringan hubungan yang akan memudahkan proses penanaman dan penuaian padi selepas ini,”katanya menerusi hantaran di Facebook di sini.
Terdahulu, beliau hadir pada sesi soal jawab di Parlimen hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, pembangunan dan penyelenggaraan MADA ini akan bermula pada tahun 2024.
“Ia bakal memberikan manfaat yang besar terhadap pesawah di bawah seliaan MADA.
“Bagi kawasan-kawasan lain seperti di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, Sabah dan Sarawak, pihak kerajaan sedang berusaha keras untuk mendapatkan peruntukan bagi memperbaiki sistem pengairan bagi membantu pesawah meningkatkan hasil tanaman padi mereka,”ujar beliau. – Edisi 9