28.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Selangor rekod kes kematian tertinggi, 463 kematian semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Selangor merekodkan kes kematian tertinggi iaitu sebanyak 255 kematian sekaligus menyumbang kepada jumlah kes kematian keseluruhan.

Berdasarkan data dipaparkan dalam web COVIDNOW, semalam sahaja sebanyak 463 kes kematian COVID -19 dilaporkan.

Selain Selangor, negeri lain yang turut menyumbang kes kematian adalah Kedah dengan sebanyak 54 kes, Johor (38), Perak (24), Pulau Pinang (23), Kelantan (19),
Sabah (16), Kuala Lumpur (12), Sarawak (7), Pahang (6), Melaka (4), Terengganu (3) dan Negeri Sembilan (2).

“Angka kematian tersebut menjadikan jumlah kes kematian COVID -19 di Malaysia sebanyak 21,587 kes.

“Dalam masa sama, terdapat 108 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,066 kes,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut maklumat yang dipaparkan sepanjang tempoh 24 jam, angka kematian sebenar pada 13 September turut berubah kepada 128 kes manakala, sebanyak 104 kes kematian sebenar pada 14 September.

Baca juga:   Ketepi perbezaan politik, tumpu lawan pandemik - Permas

Terdahulu, negara merekodkan jumlah kes positif COVID -19 melepasi 2 juta dengan 2,011,440 kes semalam, susulan pertambahan sebanyak 15,669 kes harian yang melaporkan di bawah angka 16,000.

Sebanyak 18,053 kes sembuh dicatatkan dengan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 1,764,579 kes.

Sebanyak 225,277 kes aktif melibatkan 186,094 kes dikuarantin di rumah, 25,238 kes Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 12,703 kes di hospital, 550 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 692 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Baca juga:   Hanya 20.9 peratus populasi keseluruhan, tiada vaksinasi

Terkini

Hapus kuasa veto: Netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke -77...

Lagi Artikel Berkaitan