31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Lagi 555,100 dos vaksin AZ dibekal ke Malaysia

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebanyak 555,100 dos lagi vaksin AstraZeneca (AZ) dibekalkan ke Malaysia, menjadikan jumlah vaksin itu untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negara ini kini mencapai 3.9 juta dos.

Presiden Negara AstraZeneca Malaysia, Dr Sanjeev Panchal berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan bekalan tambahan kepada berjuta-juta dos vaksin yang dibekalkan menerusi COVAS dan sumbangan daripada negara-negara lain.

Beliau berkata, AstraZeneca sendiri akan membekalkan 6.4 juta dos yang dijanjikan oleh pihaknya untuk keperluan negara ini.

“Ketika Malaysia terus meningkatkan kadar vaksinasi, kami tetap komited untuk memastikan setiap individu mendapat vaksinasi secepat mungkin.

“Kami berharap kerjasama dengan kerajaan Malaysia ini berterusan sehingga peralihan ke endemik dan pembukaan semula ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Sanjeev berkata, penghantaran bekalan vaksin itu menunjukkan bahawa pihaknya telah meningkatkan kapasiti bekalan bagi Asia Pasifik menerusi tujuh rantai bekalannya di rantau ini.

“Sehingga kini, lebih daripada 1.2 bilion dos vaksin AZ telah dikeluarkan untuk bekalan ke lebih daripada 170 negara, sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk akses yang luas dan adil.

“Kira-kira dua pertiga dos telah dibekalkan kepada negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya.

AstraZeneca adalah pembekal ketiga dos vaksin COVID-19 terbesar di dunia dan merupakan syarikat farmaseutikal global pertama yang menyertai COVAX pada bulan Jun 2020.

Lebih daripada 121 juta dos vaksin COVID-19 telah dihantar melalui kemudahan COVAX setakat ini, ke lebih 129 negara. – Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan