25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

Nur Sajat ditangkap Imigresen Thailand 8 September lalu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat ditangkap oleh pihak imigresen Thailand, pada pukul 6 petang 8 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, usahawan kosmetik itu ditahan atas kesalahan memiliki pasport yang tidak sah.

Menurutnya, pada 9 September lalu, Sajat telah dihadapkan ke Mahkamah Thailand atas kesalahan Imigresen dan dikenakan hukuman denda.

“Nur Sajat turut dikehendaki di Malaysia bersabit Seksyen, Repot: 345/2021 di bawah Seksyen 185 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abd. Jalil berkata, usaha untuk membawa pulang Nur Sajat sedang giat dilaksanakan.

Terdahulu, media melaporkan, usahawan terbabit ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Thailand, bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan seperti wanita ketika serbuan pihak imigresen.

Nur Sajat pada 9 September lalu didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara terbabit namun dia dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 Februari lalu, mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Baca juga:   Pemandu MPV miliki empat rekod dadah lawan arus diburu polis
Baca juga:   Polis tak terima surat MITI sehingga 21 Julai - KPN

Harian Metro yang memetik sumber berkata, usahawan kosmetik dalam buruan itu didakwa sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia.

Nur Sajat yang kini dalam pemantauan pihak berkuasa Thailand selepas penahanannya pada 8 September lalu atas kesalahan imigresen dilaporkan sedang berusaha mendapatkan perlindungan daripada negara berkenaan.

“Hasil soal siasat dilakukan pegawai imigresen Thailand, Nur Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.

“Semakan mendapati Nur Sajat memperoleh kad UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ikut SOP ketat

PROGRAM 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat...

Lagi Artikel Berkaitan