25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ketua ajaran sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang wanita berusia 39 tahun yang disyaki ketua ajaran sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ telah ditahan polis awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, suspek warga tempatan itu ditahan selepas polis menerima laporan yang dibuat pada 29 Ogos berhubung video dimuatnaik di YouTube milik suspek.

Menurutnya, setakat ini terdapat enam laporan polis diterima berikutan isu yang sama dibuat di lima balai polis yang berasingan.

“Suspek dalam kes ini sebelum tangkapan dijalankan ada membuat laporan polis penafian dan menyatakan tidak pernah mewujudkan kumpulan ajaran sesat atau apa-apa kumpulan dan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek turut menafikan semua tuduhan termasuk tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Advertisements

“Pihak Polis turut membuat rampasan lima buah telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank, sekeping resit pemindahan wang ke satu akaun bank tempatan sebanyak RM84,721.42 dan sepasang telekung warna putih dipercayai digunakan oleh suspek semasa membuat Live Facebook.

“Permohonan tahanan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah telah dipohon dan dibenarkan oleh Majistret Kuala Lumpur selama empat hari sehingga 7 September 2021,” katanya.

Basri berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama dan menyebarkan berita palsu.

Juga dibaca bersama Seksyen 233 Akta Komunikadi Dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan