27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

104 kes BID, 19,057 kes baharu COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 104 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dilaporkan lagi pada hari ini, daripada jumlah keseluruhan 362 kes kematian COVID -19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes BID tersebut, sebanyak 69 kes melibatkan warga Malaysia dan 35 kes warga asing.

“Sementara, daripada jumlah keseluruhan kes kematian yang dilaporkan itu, sebanyak 304 kes melibatkan warga Malaysia dan 58 warga asing.

“Sehingga kini, jumlah keseluruhan kematian COVID-19 yang direkodkan adalah sebanyak 17,883 kes,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Mengulas lanjut, katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 256,302 kes termasuk 978 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 460 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 19,057 kes harian negara dilaporkan termasuk 10 kes import dengan jumlah keseluruhan kes positif COVID -19 sebanyak 1,824,439 kes, manakala kes sembuh merekodkan sebanyak 21,582 kes,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 405 kes (2.1 peratus) daripada kes harian semalam adalah kategori tiga, empat dan lima serta sebanyak 18,652 kes (97.9 peratus) kategori satu dan dua.

Baca juga:   Kes baharu rekod trend penurunan, 10,002 kes positif semalam

“Selain itu, sebanyak 8,544 kes (44.8 peratus) tiada sejarah vaksinasi, 4,393 kes (23.1 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau dua dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua dan 6,120 kes (32.1 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap,” katanya.

Baca juga:   9,105 kes baharu COVID-19, Selangor 4,682 kes

Sementara itu, katanya, sebanyak 16 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 12 kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan satu kluster pendidikan lain.

Terdahulu dalam perkongsian di Facebook, Dr Noor Hisham memaklumkan kes baharu harian COVID-19 negara menunjukkan sedikit penurunan.

Beliau berkata, dengan pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 1,824,439 kes.

Sementara itu, dari segi jumlah kes baharu yang direkodkan setiap negeri, menurutnya, Selangor masih merekodkan angka 3,000 dengan sebanyak 3,775 kes dilaporkan.

“Diikuti oleh Sarawak sebanyak 2,723 kes, Sabah sebanyak 2,279 kes dan Johor sebanyak 2,077 kes. 

“Pulau Pinang (1,558 kes), Perak (1,450 kes), Kelantan (1,434 kes), Kedah (1,329 kes), Kuala Lumpur (711 kes), Terengganu (605 kes), Pahang (410 kes), Melaka (338 kes) dan Negeri Sembilan (242 kes). 

“Selebihnya Perlis (99 kes), Putrajaya (18 kes) dan Labuan (sembilan kes),” katanya.- Edisi 9

Wartawan

Baca juga:   Idealisme dan prinsip perjuangan Bersatu jati diri saya - Azmin

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan