28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Kerajaan perlu kemuka data terperinci Long COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan kepada kerajaan supaya mengemukakan data terperinci mengenai Long COVID-19, yang merupakan keadaan di mana bekas pesakit terus mengalami pelbagai masalah kesihatan setelah pulih.

Menurut beliau, kebanyakannya berterusan selama empat ke 12 minggu, namun ada yang berlarutan sehingga sembilan bulan.

“Sehingga kini, kerajaan belum mengemukakan data terperinci berkaitan masalah ini. Namun beberapa Universiti tempatan telah mula menjalankan kajian tentangnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, Lancet, jurnal perubatan paling berwibawa dalam terbitannya pada 28 August 2021 menyatakan bahawa Long COVID-19 adalah cabaran yang besar terhadap sektor perubatan.

“Banyak yang masih tidak diketahui tentangnya. Justeru pelbagai penyelidikan rentas disiplin sangat perlu untuk membolehkan rawatan terbaik diberikan,” katanya.

Menurut beliau, Malaysia wajar ada dasar dan strategi khusus mengenalpasti, menyelidik dan memulih kesan jangka panjang virus COVID-19 terhadap pengidapnya.

Baca juga:   Covid-19: Kes menurun bawah 4,000, namun nilai Rt melonjak naik

“Telah lebih 2 juta rakyat negara ini terjangkit. Angka ini mungkin lebih tinggi dan eratusan yang mempunyai Long COVID-19 juga mungkin akan semakin ramai.

“Pemulihan kesihatan mereka ini adalah sangat penting kepada kualiti kesihatan awam secara meyeluruh.

“Saya menyarankan agar kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mula memberi perhatian kepada kes Long COVID-19 ini secara terpadu,”katanya.

Katanya lagi, dasar dalam menanggani pandemik ini tidak boleh terhenti dari segi pencegahan dan rawatan.

Baca juga:   Ahli Parlimen Batu Pahat nafi keluar Bersatu

“Ia mesti juga merangkumi rawatan jangka masa panjang terhadap bekas pesakit serta pelbagai penyelidikan berkaitan.

“Kefahaman tentang dampak vaksinasi, kaedah rawatan dan pemulihan yang berkesan serta pelaburan untuk penyelidikan berkaitanya harus diberikan keutamaan.

“Dunia perubatan akan terus terbeban dengan pelbagai cabaran baru kerana pandemik ini. Justeru pelaburan kesihatan kita tidak boleh lagi pada kadar empat peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

“Telah tiba masanya kita mensasarkan peruntukan tujuh ke lapan peratus GDP negara untuk sektor kesihatan.

“Langkah ini adalah permulaan yang baik untuk reformasi besar-besaran sektor perubatan dan kesihatan setelah tekanan luar biasa terhadap sistem perubatan kita sejak Feb 2020,” katanya.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Parlimen: 1,337 banduan dijatuhkan hukuman mati

SERAMAI 1,337 banduan telah disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman mati sejak 2000. Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainudin...

Lagi Artikel Berkaitan