25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

17,577 kes baharu dilaporkan, Sarawak tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 17,577 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID -19 sebanyak 2,067,327 kes kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus merekodkan angka kes tertinggi dengan sebanyak 3,480 kes dilaporkan.

“Diikuti oleh Selangor dengan sebanyak 2,646 kes dan Johor (2,334 kes).

“Perak (1,596 kes), Sabah (1,533 kes), Pulau Pinang (1,462 kes), Kedah (1,173 kes), Kelantan (869 kes), Pahang (832 kes), Terengganu (719 kes), Kuala Lumpur (366 kes), Melaka (287 kes) dan Negeri Sembilan (198 kes).

“Perlis (41 kes), Putrajaya (31 kes) dan Labuan (10 kes),” katanya terdahulu pada Twitter di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, kes sembuh merekodkan sebanyak 22,970 kes iaitu melebihi kes harian yang melaporkan sebanyak 17,577 kes termasuk tiga daripadanya adalah kes import.

“Angka baharu tersebut menjadikan jumlah kes sembuh daripada COVID -19 sebanyak 1,823,248 kes.

“Sebanyak 1,223 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 720 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan, terdapat 244 kes atau 1.4 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, sebanyak 17,333 kes atau 98.6 peratus kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Sementara itu, katanya, sebanyak 19 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 11 kluster tempat kerja, enam kluster komuniti dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi kesemuanya dilaporkan di Johor, Melaka, Pahang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Kedah dan Sarawak.-Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan