27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Jumlah dos vaksin menurun, hanya 202,298 dos semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah pemberian dos vaksin harian yang diberikan kepada penerima semakin menurun berikutan data peratusan populasi dewasa semakin meningkat dan semalam sahaja sebanyak 202,298 dos disalurkan.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), daripada jumlah itu, sebanyak 62,108 individu menerima suntikan dos pertama.

Manakala 140,190 individu menerima suntikan dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK).

Sementara itu, Johor terus mengungguli pemberian vaksin tertinggi dengan sebanyak 10, 189 bagi dos pertama, manakala sebanyak 30,484 bagi dos kedua.

Diikuti,Sabah dengan sebanyak 23,784 dos pertama manakala sebanyak 16,351 bagi dos kedua.

Advertisements

Manakala, Putrajaya merekodkan pemberian dos harian sifar bagi kedua – dua dos.

Sementara itu, sejumlah 39,685,414 jumlah kumulatif pemberian dos vaksin diberikan kepada rakyat Malaysia, setakat semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 21,783,871 individu menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 atau bersamaan 66.7 peratus jumlah populasi (92.7 peratus populasi dewasa).

Manakala, seramai 17,973,545 individu telah menerima suntikan dos kedua vaksin, atau bersamaan 55.0 peratus jumlah populasi (76.8 peratus populasi dewasa).

Wilayah Persekutuan Labuan dan Lembah Klang, masing-masing terus merekodkan peratusan populasi dewasa melebihi 100 peratus bagi suntikan dos pertama dengan 114.5 peratus bagi Lembah Klang dan 104.2 peratus bagi Labuan – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan