Saturday, June 13, 2026

Hospital Medan HPP dijangka mula operasi hujung minggu ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Hospital Medan bagi fasiliti tambahan perawatan pesakit Covid-19 di Hospital Pulau Pinang (HPP) dijangka akan mula beroperasi hujung minggu ini.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerja-kerja pembinaan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di tapak parkir Hospital Pulau Pinang sudah dimulakan semalam seperti yang diumumkannya 13 September lepas.

Menurutnya, ia akan dilengkapi katil unit rawatan rapi (ICU), katil wad biasa serta sumber oksigen bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merawat pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5.

“InsyaAllah, akan mula operasi (Hospital Medan HPP) hujung minggu ini,” kongsinya di Facebook hari ini.

Semalam, media melaporkan ATM memulakan operasi untuk membina Hospital Medan berkenaan.

Hospital Medan yang seluas 2,400 meter persegi ini akan dilengkapkan dengan empat katil ICU dan 96 katil wad yang dilengkapi sumber oksigen.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan