28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

346 kematian seluruh negara semalam, kecuali di 4 negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tiada kematian dilaporkan di empat negeri berdasarkan laporan dalam paparan laman web Covidnow, semalam.

Negeri-negeri berkenaan ialah Negeri Sembilan, Pahang, Labuan dan Putrajaya.

Bagaimanapun, Selangor merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 94 kes, sekaligus menjadi penyumbang kepada sejumlah 346 kes kematian Covid-19 keseluruhan.

Kedah pula dengan 82 kes, Johor (59), Sabah (47), Pulau Pinang (30), Sarawak (14), Melaka dan Terengganu (masing-masing 4) serta Kelantan, Perak, Perlis dan Kuala Lumpur (masing-masing 3).

Advertisements

Sementara itu, mengikut data yang dikemas kini sehingga pukul 11.59 malam tadi, terdapat satu kematian sebenar dilaporkan dalam tempoh 24 jam manakala, 107 kematian sebenar purata bagi tujuh hari.

“Angka 346 kes kematian tersebut menjadikan jumlah kes kematian terkini Covid-19 sebanyak 22,355 kes.

“Terdapat 105 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan sebanyak 4,263 kes BID sehingga kini,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 227,120 kes aktif melibatkan 189,657 kes sedang dikuarantin di rumah, 24,296 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 11,933 kes di hospital, 524 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 710 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9


Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan