29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Cadang tubuh MPN peringkat negeri, dibincangkan Isnin ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PAGOH – Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) peringkat negeri antara cadangan terbaharu yang akan dikemukakan dalam mesyuarat MPN pada Isnin depan, yang dilihat akan dapat membantu dari aspek pemulihan dengan lebih dekat dan terperinci.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau melihat peranan beberapa jawatankuasa peringkat nasional, negeri dan daerah perlu diseragamkan dan antara perkara dicadangkan adalah penubuhan MPN  negeri yang akan dipimpin Menteri Besar dan Ketua Menteri.

“Dibawahnya nanti akan ada Jawatankuasa Tindakan Daerah dan jawatankuasa yang sedia ada boleh mengambil peranan ini dengan melihat aspek pemulihan, yang seterusnya akan dapat membantu akar umbi dengan lebih dekat dan terperinci.

“Perkara itu diambil kira setelah melihat bagaimana langkah yang diambil di peringkat nasional kesannya akan sampai ke bawah, dalam jangka masa tidak terlalu lama.

“Nanti kita akan bawa dalam mesyuarat akan datang untuk dibincangkan dan saya harap mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob untuk dilaksanakan,”katanya.

Advertisements

Beliau terdahulu turun padang mengadakan tinjauan serta ziarah prihatin keadaan penduduk di Pagoh dan menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, peranan ketua kampung sebagai pemimpin akar umbi juga perlu dilihat semula, bagaimana pemimpin dibawah dapat membantu memulihkan kehidupan rakyat di akar umbi kesan pendemik COVID-19.

“Ketika ini, ramai rakyat jatuh ke paras kemiskinan, dulu tergolong dalam M40 namun sebahagian mereka telah jatuh kepada B40 dan data ini sudahpun dikumpul kerajaan persekutuan, ekasih dan lain-lain sistem maklumat.

“Sebab itu kita nak buat bagaimana peranan itu dapat diambil sehingga turun sampai ke bawah, sebab itu akan kemukakan cadangan penubuhan MPN pada mesyuarat akan datang,”katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan