24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sekolah di negeri Fasa 4 PPN, perlu buat persediaan rapi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LANGKAWI – Seluruh ekosistem di negeri-negeri yang menggunakan ketetapan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) perlu bersedia sepenuhnya sebelum sekolah dibuka pada 4 Oktober depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, seperti Labuan dan Negeri Sembilan yang akan memulakan sesi persekolahan mengikut kepada ketetapan baharu selepas beralih fasa, maka persediaan itu perlu dibuat dengan rapi.

“Memang kemasukan pertama ini untuk kelas peperiksaan tapi akan diikuti oleh murid-murid lain di sekolah rendah juga.

“Jadi, itulah yang ditekankan supaya kita membuat persiapan dan persediaan lebih awal walaupun secara umumnya ketika sekolah di buka pada Fasa Empat ini yang hanya ke sekolah adalah murid peperiksaan bagi sekolah menengah.

“Tapi kita juga akan menerima murid berkeperluan khas sebagai contoh dan juga murid prasekolah,” katanya.

Terdahulu, Dr Radzi membuat tinjauan persiapan dan persediaan sekolah ke Pulau Tuba, Langkawi, Kedah sebelum sesi persekolahan secara bersemuka bermula pada 3 Oktober ini.

Advertisements

Dalam lawatan itu, beliau mengunjungi empat buah sekolah iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkawi Pulau Tuba, Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Chempedak, SK Pulau Tuba dan SK Selat Bagan Nyior.

Pengoperasian sekolah di Langkawi adalah mengikut negeri dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) Langkawi yang kini berada di bawah pelaksanaan inisiatif gelembung pelancongan.

Juga tinjau asrama bagi pastikan segala panduan yang telah diberikan dapat dipatuhi dengan baik

Menurutnya, secara umumnya beliau melihat sekolah-sekolah ini telah bersedia untuk menerima kehadiran murid apabila dibuka kelak.

“Ada beberapa perkara yang boleh ditambahbaik khususnya dalam konteks pengudaraan di bilik-bilik darjah dan bilik khas di mana poster-poster dan langsir yang tergantung perlu dialihkan bagi memastikan pengudaraan di setiap bilik yang akan digunakan murid ini berada di tahap terbaik

“Sepertimana nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam konteks Delta Varian ini apa yang paling penting adalah pengudaraan bukan sahaja dallam bilik darjah, bilik khas, pejabat dan seluruh kawasan berbilik di sekolah perlu dipastikan berlaku pengudaraan yang baik seterusnya dapat mengurangkan risiko jangkitan, terutamnya Delta Varian ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan