25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Cadangan aktif ‘bunyi peringatan’ untuk check-out di MySejahtera

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAGAN SERAI – Cadangan orang ramai meminta pengendali aplikasi MySejahtera mengaktifkan ‘bunyi peringatan’ apabila pengguna tidak mendaftar keluar selepas lebih 30 minit mendaftar masuk di sesuatu premis, disambut baik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, cadangan berkenaan adalah idea yang baik kerana pihaknya menerima aduan ramai pengguna dikatakan terlupa untuk daftar keluar selepas mendaftar masuk.

Justeru katanya, KKM akan berhubung dengan pengendali MySejahtera untuk membincangkan saranan berkenaan.

“Memang diakui butang ‘check out’ diwujudkan pihak MySejahtera agak membebankan ramai pengguna kerana terlupa.

“Sebenarnya pengguna tidak perlu bimbang kerana jika pengguna terlupa mendaftar keluar dan daftar masuk di tempat lain, pendaftaran di tempat awal tadi terbatal dengan sendiri.

Advertisements

“Namun begitu, cadangan netizen meminta pihak MySejahtera mengaktifkan bunyi peringatan, satu idea yang baik dan bernas,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir, hari ini, lapor BH Online.

Berhubung Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja, Noor Azmi berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 60 peratus pelajar menerima suntikan lengkap pada November ini manakala 80 peratus pada akhir Disember nanti.

“Mengikut statistik, jumlah pelajar di negara ini ialah seramai 2,535,165 dan 681,853 menerima suntikan dos pertama, manakala 108,935 melengkapkan vaksinasi mereka.

“Ini menunjukkan 26.9 peratus mendapat suntikan dos pertama dan 4.3 peratus lengkap divaksi,” katanya.

Dalam masa sama, Noor Azmi turut menegaskan, ibu bapa tidak perlu bimbang kesan suntikan vaksin terhadap pelajar kononnya wujud kesan sampingan seperti mengalami miokarditis (radang pada otot jantung) dan pericarditis (penyakit radang selaput jantung).- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan