24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Bajet 2022 tumpu pemulihan dana – Tengku Zafrul

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Kerajaan akan memberi fokus kepada pemulihan dana untuk membina ketahanan ekosistem perniagaan yang lebih berimpak tinggi dalam Bajet 2022.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia selaras dengan matlamat belanjawan tahun ini iaitu ‘Recovery, Reform, Resilience’.

“Insya-Allah, dalam Bajet 2022, kerajaan akan fokus kepada pemulihan dana untuk membina ketahanan ekosistem perniagaan yang lebih berimpak tinggi, selaras dengan matlamat belanjawan iaitu Recovery, Reform, Resilience,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Konsultasi #Bajet2022 bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) secara dalam talian hari ini.

Konsultasi tersebut diadakan bagi membincangkan langkah untuk memudah cara ekosistem perniagaan di Malaysia. â €

Tengku Zafrul berkata, dalam merangka Bajet 2022, kerajaan tetap peka dengan cabaran sektor perniagaan dalam menghadapi COVID-19 sepertimana Bajet 2021 sebelum ini.

Justeru, katanya, kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif seperti insentif cukai, program subsidi upah, skim pinjaman mudah dan lain-lain lagi.

Advertisements

“Semua ini adalah demi memastikan kelangsungan perniagaan di semua tahap, dari yang besar sehinggalah yang kecil,” katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan, Tengku Zafrul menyarankan institusi kewangan pembangunan (DFI) memberi sokongan penuh kepada negara dalam tempoh pemulihan ini sesuai dengan objektif DFI adalah untuk membantu membangunkan sosioekonomi rakyat.

Beliau berkata, dalam merangka strategi pemulihan ekonomi negara, beliau berharap DFI memainkan peranan yang strategik dan penting dengan memelihara kapasiti perniagaan yang menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dan menyokong kehidupan rakyat Malaysia. 

“Sokongan segera – contohnya dari segi pembiayaan – perlu diberi bagi menghindari impak ekonomi jangka panjang terutamanya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana dalam sektor-sektor strategik termasuk sektor pelancongan, peruncitan, pertanian, infrastruktur, maritim, eksport serta industri berteknologi tinggi dan bermodal intensif.

“Oleh itu, DFI disarankan untuk merangka penyelesaian yang praktikal seperti penggunaan kriteria pembiayaan yang kurang membebankan untuk membolehkan perniagaan kembali pulih dan beroperasi secepat mungkin,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, cadangan penyelesaian itu juga akan dipertimbangkan di dalam merangka Bajet 2022. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan