31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Muhyiddin akan pastikan kerajaan terus bantu peniaga kecil

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memastikan semua peniaga kecil akan terus dibantu dalam setiap perancangan kerajaan membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi kesan pandemik COVID-19.

Selepas meninjau kawasan perniagaan di Setapak Jaya di sini hari ini, bekas Perdana Menteri itu berkata, ruang yang luas perlu diberikan kepada mereka untuk menjalankan perniagaan, seiring hasrat kerajaan memastikan rakyat terus berupaya menjana pendapatan.

“Alhamdulillah, saya merasa amat gembira apabila rata-rata peniaga yang ditemui menyatakan kehidupan mereka kembali bersinar melalui kebenaran menjalankan perniagaan yang diberikan kerajaan.

“Keceriaan yang terpamer di wajah peniaga kecil ini menunjukkan tanda-tanda pemulihan ekonomi negara semakin jelas.

“Sebagai Pengerusi MPN, saya akan memastikan sektor dan peniaga-peniaga kecil ini terus dibantu dalam setiap perancangan Kerajaan membawa negara keluar dari kemelut ekonomi kesan daripada pandemik COVID-19,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Setapak Jaya merupakan salah satu wilayah ‘bebas berniaga’ di Kuala Lumpur hasil usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Terdapat pelbagai jenis jualan ada di kawasan terbabit.

Baca juga:   Bekalan vaksin ditinggalkan PN lebih daripada mencukupi

Muhyiddin berkata, beliau menghargai usaha DBKL memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai dalam tempoh ditetapkan di sekitar bandar raya tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Beliau juga gembira apabila hampir semua peniaga kecil terbabit memaklumkan bahawa mereka sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Baca juga:   Muhyiddin tiba di SPRM, dijangka didakwa esok

“Saya juga bangga melihat SOP diamalkan oleh para peniaga dan juga pembeli, yang kesemuanya memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal dalam berurus niaga.

“Langkah untuk terus membantu peniaga kecil ini akan saya bangkitkan dalam mesyuarat pertama MPN yang bakal diadakan dalam masa terdekat,” kata beliau.

Tambah Muhyiddin, langkah yang sewajarnya akan diambil dalam perancangan untuk memastikan lebih banyak sektor ekonomi, sosial, kesihatan, pendidikan, kebudayaan dan lain-lain kembali pulih sebagaimana sebelum pandemik COVID-19 melanda negara.

“Mari kita doakan yang terbaik untuk negara kita yang tercinta dan rakyat Malaysia yang bertungkus-lumus berusaha dan bekerja menjana pendapatan di mana sahaja anda berada. Moga anda dan kita sentiasa dilindungiNya!,” kata beliau. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan