24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Rempuh enam kenderaan, pemandu lori positif dua jenis dadah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pemandu lori yang merempuh enam buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, dekat Sentul, Kuala Lumpur, hari ini didapati positif dua jenis dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin dalam ujian saringan air kencing.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 tengah hari berkenaan dipercayai berlaku selepas lori dipandu seorang lelaki dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul itu gagal dikawal.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komsioner Sarifudin Mohd Salleh, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan telah ditahan dan dibuat ujian alkohol.

“Hasil ujian awal alkohol mendapati pemandu tidak dalam pengaruh alkohol dan seterusnya di bawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing mendapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata, berdasarkan siasatan awal, sebaik tiba di lampu isyarat Jalan Ipoh, lori terbabit telah gagal dikawal dan merempuh dengan laju lima buah kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Menurutnya, kelima-lima kenderaan terlibat adalah dua kenderaan jenis Myvi berwarna Kuning dan putih serta masing-masing sebuah Proton X70, Honda HRV, Peugeot 208 FL.

“Pemandu kenderaan Myvi berwarna kuning mengalami cedera ringan di bahagian muka dan mendapat rawatan di zon hijau Hospital Besar Kuala Lumpur.

Advertisements

“Manakala pemandu kenderaan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan kesemua mangsa telah mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Sek 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/ 69 atau mana- mana balai berdekatan,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial sebuah lori melanggar beberapa kenderaan melalui rakaman kamera perakam video (dashcam).

Video berdurasi 46 saat itu merakamkan aksi sebuah lori tanpa muatan dari arah belakang merempuh kira-kira tujuh kenderaan berada di hadapan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

Kelihatan orang awam yang di tempat kejadian berasa lega sebaik pemandu kenderaan jenis Myvi berjaya keluar dari kenderaan yang remuk teruk.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan