28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

27 inisiatif kerajaan bantu tempatkan 376,000 pencari kerja

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 376,000 pencari kerja mendapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan setakat 10 September lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau yakin hasrat kerajaan untuk mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2021 bakal dicapai.

Menurutnya, pelaburan dalam negara telah mewujudkan 97,000 pekerjaan baharu dengan 76 peratus daripadanya kategori mahir dan separuh mahir.

“Berdasarkan statistik memberangsangkan ini, kerajaan mensasarkan 160,000 lagi pekerjaan baharu menerusi komitment pelaburan bagi tahun 2021.

“Kerajaan akan turut melaksanakan Pelan Strategik Penciptaan Pekerjaan Nasional bagi terus memperkasa tenaga kerja Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook tadi.

Ismail Sabri berkata, beliau juga sedar tentang kepentingan program-program latihan dan peningkatan kemahiran.

Oleh itu menurutnya, Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia akan dipertanggungjawabkan untuk membangunkan platform digital sehenti dengan tujuan memantau pelaksanaan secara berstruktur dan efisyen.

Terdahulu, menurut Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), hanya kira-kira 73,400 atau 27 peratus graduan bumiputera dapat memenuhi peluang pekerjaan sektor swasta yang ditawarkan pada tahun 2020 berbanding 103,900 atau 40 peratus pada 2019.

Memetik laporan BERNAMA, Kajian Teraju mendapati penurunan peluang pekerjaan kepada graduan bumiputera berkenaan antaranya berpunca daripada pengurangan peluang pekerjaan di pasaran sebanyak 29.3 peratus bagi kedua-dua tahun berkenaan.

Sehubungan itu, Teraju telah merangka beberapa inisiatif dalam memperkasakan dan meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pasaran tenaga kerja mahir, selaras dengan hala tuju Tindakan Pembangunan Bumiputera (TPB2030) yang bakal dilancarkan.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan