25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PEKA anjur tuisyen percuma buat calon SPM anak staf UPSI

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Persatuan Kakitangan Akademik (PEKA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil pendekatan proaktif membantu 65 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dengan penganjuran tuisyen percuma melalui program Smart Home Schooling.

Presidennya, Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah berkata, calon SPM 2021 berkenaan terdiri daripada anak-anak kakitangan UPSI sendiri.

Menurutnya, susulan pandemik Covid-19 berkenaan, beberapa permasalahan timbul antaranya penutupan sekolah dan pembelajaran secara atas talian yang membataskan peluang pelajar pergi ke sekolah bagi pembelajaran bersemuka.

Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah

“Justeru itu, pelaksanaan Tuisyen Online by Peka atau TOPEKA, hasil gabungan penyelidikan dari ahli jawatankuasa Peka, pensyarah dan pelajar ini diharap mampu meningkatkan kecermalangan anak anak kakitangan UPSI sendiri.

“Malah, program yang mengetengahkan produk inovasi UPSI melalui TOPEKA ini juga akan mengetengahkan sumbangan pelajar latihan mengajar UPSI serta menanam sikap sayang UPSI kepada kakitangan UPSI dan pelajar UPSI,” katanya sempena Pelancaran Program Tuisyen Online Peka secara dalam talian, baru-baru ini.

Untuk rekod, program berkonsepkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) berkenaan bermula pada 18 September lalu hingga 21 Februari tahun hadapan.

Tuisyen membabitkan lima matapelajaran itu iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matametik dan Sains dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad selama dua jam.

Manakala, Naib Presiden PEKA, Dr Ashari Abas berkata, sistem TOPEKA berkenaan telah diuji dan telah mendapat maklum balas positif daripada kalangan pelajar dan pensyarah UPSI sendiri.

Menurutnya, sistem berkenaan mempunyai tiga komponen utama iaitu Practicum Management System (PIMS), Classroom management System (CRM) dan E-Portfolio.

Advertisements
Dr Ashari Abas

“TOPEKA berfungsi sebagai sistem untuk menguruskan tuisyen secara dalam talian sepenuhnya bagi menggantikan kaedah manual yang dijalankan sebelum pendemik Covid-19 ini.

“Sistem ini akan memberi bimbingan secara dalam talian dan bahan latihan pembelajaran secara digital,” katanya.

Malah menurutnya, sistem ini juga merupakan tempat memproses dokumentasi keberhasilan proses latihan mengajar yang dilalui oleh pelajar semasa Latihan Mengajar (LM).

“Ianya terdiri daripada dokumentasi bahan-bahan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), video, dan alat bantu mengajar (ABM),” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, UPSI sebagai peneraju Universiti Pendidikan Nombor Satu negara bertanggungjawab merealisasikan agenda University for Society (U4S) dan Agenda Keempat dalam memacu kesejahteraan komuniti.

Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff

Menurutnya, program berkenaan mampu memberi impak dalam memudahkan proses pembelejaran dalam talian dan mewujudkan arkib amalan terbaik latihan mengajar.

“Malah, secara tidak langsung, bukan hanya kecemerlangan calon SPM dapat ditingkatkan, bahkan program ini mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan UPSI sendiri,” katanya.

-tamat-

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan