25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, December 3, 2021

Baru bebas dua hari, pegawai SPRM direman polis pula

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Salah seorang daripada tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan telah ditahan polis Selasa lalu.

Pegawai SPRM berkenaan antara tiga individu yang telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 hingga 19 September lepas.

Suspek baharu sahaja bebas dua hari bagi kes penyelewengan berkenaan sebelum ditahan polis semula 21 September lalu bagi membantu siasatan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuat tangkapan ke atas individu yang disyaki terlibat dalam kes curi barang kes bernilai AS$6 juta itu.

“Tangkapan dilakukan bagi tujuan siasatan oleh pihak PDRM berhubung kesalahan memiliki dadah berbahaya dan memiliki senjata api serta peluru.

“Sebanyak dua kertas siasatan telah dibuka berhubung dengan tangkapan ini iaitu dibawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abd. Jalil berkata, suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 25 September ini untuk siasatan lanjut.

Baca juga:   4 suspek samun rempuh penghantar makanan mati ditembak polis

Terdahulu, SPRM dalam kenyataannya berhubung penahanan tiga pegawainya sendiri menegaskan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perbuatan itu benar berlaku.

Baca juga:   Zambry Setiausaha Agung BN, Azlan ketuai BN Perlis

“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan kami berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini kerana ia akan menjejaskan siasatan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Semua pihak elak tindakan provokasi di Laut China Selatan

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan agar semua pihak perlu mengelak daripada melakukan sebarang tindakan berunsur provokasi...

Lagi Artikel Berkaitan