28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

16,902 penjawat awam belum divaksin berdepan tindakan

Mereka perlu melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 sebelum 1 November - JPA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seramai 16,902 penjawat awam di seluruh negara yang belum mendaftar untuk suntikan vaksin COVID-19 perlu melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 November ini bagi mengelak tindakan tatatertib.

Arahan itu dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memastikan keyakinan dan jaminan kepada orang awam serta kelancaran penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

JPA dalam kenyataannya berkata, arahan itu juga selari dengan usaha untuk mengembalikan perkhidmatan kerajaan pada tahap pengoperasian penuh berdasarkan fasa-fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dikehendaki untuk segera melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 November 2021.

“Dalam tempoh ini pegawai yang belum divaksin hendaklah hadir secara walk-in ke pusat pemberian vaksin (PPV) yang telah disediakan oleh kerajaan,” kata JPA hari ini.

Advertisements

Jabatan itu berkata, bagi pegawai yang tidak boleh divaksin atas sebab-sebab kesihatan, mereka perlu mengemukakan pengesahan daripada pegawai perubatan kerajaan kepada ketua jabatan masing-masing.

Sekiranya mereka gagal mengambil vaksin selepas tempoh yang ditetapkan tanpa sebab kesihatan, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan semasa yang berkuatkuasa.

“Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993],” katanya.

JPA berkata, 16,902 itu adalah 1.6 peratus daripada keseluruhan penjawat awam manakala 98 peratus sudah mendapat suntikan vaksin tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan