32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes sembuh lepasi kes harian; Sarawak kekal tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes harian negara merekodkan sebanyak 12,735 kes hari ini yang disumbangkan oleh semua negeri.

Dengan pertambahan kes baharu tersebut, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 kini mencecah 2,245,695 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak kekal tertinggi dengan 2,487 kes, diikuti oleh Selangor (1,940 kes) dan Johor (1,241 kes).

“Kelantan (1,232 kes), Kedah (1,033 kes), Sabah (993 kes), Perak (913 kes), Pulau Pinang (763 kes), Terengganu (726 kes), Pahang (697 kes), Kuala Lumpur (258 kes), Melaka (194 kes) dan Negeri Sembilan (132 kes).

“Perlis (97 kes), Putrajaya (28 kes) dan Labuan (satu kes),”katanya terdahulu menerusi ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh yang dilaporkan pada hari ini adalah sebanyak 17,725 kes sekali gus kekal melepasi kes harian negara.

Advertisements

“Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kes sembuh terkini sebanyak 2,054,824 kes.

“Sementara, terdapat 924 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 512 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Menurut beliau, daripada kes harian yang dilaporkan, 220 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori tiga, empat dan lima.

“Manakala, sebanyak 12,515 kes (98.3 peratus) daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 15 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada sembilan kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi dilaporkan di Johor, Perak, Selangor, Kedah, Pahang, Kelantan dan Sabah.-Edisi 9

 

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan