33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KKM luluskan indikasi tambahan Evusheld untuk rawatan Covid-19

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) bersetuju memberikan kelulusan tambahan indikasi untuk rawatan Covid-19 bagi kegunaan orang dewasa dan remaja berumur 12 tahun ke atas.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kelulusan itu dicapai dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kali Ke-382 yang bersidang semalam.

“Kelulusan ini untuk kegunaan pencegahan prapendedahan (pre-exposure prophylaxis) kepada produk Evusheld 100 miligram (mg)/mililiter (mL) dan Cilgavimab 100 mg/mL. Pemegang pendaftaran adalah Astrazaneca Sdn. Bhd.

“Evusheld digunakan sebagai pencegahan prapendedahan kepada jangkita Covid-19 dan individu yang berkemungkinan tidak memperoleh tidak balas imun yang mencukupi terhadap vaksinasi dan individu yang tidak disyorkan vaksinasi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, Evusheld boleh digunakan bagi merawat pesakit Covid-19 yang tidak memerlukan bantuan oksigen dan berisiko tinggi mendapat jangkitan yang lebih teruk.

Katanya, penggunaan produk itu adalah berdasarkan garis panduan klinikal yang dikeluarkan KKM.

“Sebelum ini PBKD bersetuju memberi kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk Evusheld 100 mg/ML pada mesyuarat PBKD ke-372.

“Adalah dimaklumkan status pendaftaran bersyarat tersebut masih kekal dan kelulusan baharu ini adalah khusus untuk tambahan indikasi bagi rawatan Covid-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan