31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

15,606,818 individu lengkap dos, 66.7% populasi dewasa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 terus meningkat dengan seramai 15,606,818 orang setakat semalam.

Jumlah itu bersamaan 66.7 peratus populasi dewasa telah lengkap vaksinasi atau 47.8 peratus populasi keseluruhan.

Manakala, seramai 20,261, 734 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 atau bersamaan 86.6 peratus populasi dewasa (62.0 peratus populasi keseluruhan)

Sehingga 3 September, 11.59 malam, sebanyak 35,841,103 jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada rakyat Malaysia.

Hanya empat negeri masih merekodkan peratusan populasi dewasa bagi dos kedua suntikan vaksin dibawah 50 peratus.

Negeri terbabit terdiri, Sabah dengan sebanyak 42.2 peratus; Kelantan (47.4 peratus); Kedah (48.3 peratus) dan Perak (49.5 peratus).

Sungguhpun Sabah masih merekodkan peratusan terendah, namun dengan pengagihan vaksin CanSino melibatkan 180,000 dos secara berperingkat bermula 28 Ogos sehingga Isnin depan, mampu membantu melonjakkan liputan vaksinasi di negeri itu.

CanSino merupakan vaksin COVID-19 yang hanya memerlukan satu dos untuk melengkapkan imunisasi penyakit tersebut dan ia akan diberikan secara meluas bagi penduduk pedalaman Sabah.

Sementara itu, semalam sahaja, jumlah pemberian harian dos vaksin negara adalah sebanyak 321,349 dos.

Daripada jumlah itu, sebanyak 143,831 bagi dos pertama manakala sebanyak 177,518 dos kedua vaksin COVID-19.

Johor terus merekodkan jumlah pemberian harian vaksin tertinggi dengan sebanyak 28,646 dos pertama dan sebanyak 40,372 dos kedua. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan