25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dek Wan terlepas pingat emas, duduki tangga keempat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ATLET olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi hanya mampu mengakhiri saingan di tempat keempat dalam acara 100 meter (m) lelaki T36 (cerebral palsy) di pentas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini.

Dengan kedudukan itu, beliau yang mesra dengan panggilan ‘Dek Wan’ tidak dapat mempertahankan pingat emas yang diraih di Sukan Paralimpik Rio 2016.

Dek Wan memulakan larian dengan baik dan berpeluang meraih pingat namun dilihat berdepan masalah pada penghujung garisan penamat sebelum dipintas pelari lain.

Advertisements

Pelari berusia 33 tahun itu menamatkan saingan dengan catatan 12.15 saat dan jauh daripada rekod peribadi terbaiknya, 11.87s sekali gus terpaksa melepaskan pingat emas yang diraih sewaktu melakar sejarah di Sukan Paralimpik Rio 2016.

Pingat emas menjadi milik pelari China, Peicheng Deng yang menamatkan saingan dengan catatan 11.85 sekali gus mencatat rekod baharu temasya.

Pelari Australia, James Turner yang dijangka meraih emas di Tokyo terpaksa berpuas hati pingat perak dengan catatan 12.00s dan gangsa menjadi milik pelari Argentina, Alexis Sebastian Chavez 12.02s.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan