31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pembukaan Langkawi pulihkan sektor penerbangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Keputusan kerajaan untuk memulakan gelembung pelancongan melalui projek perintis Pulau Langkawi yang bermula 16 September ini memberi petanda baik untuk pemulihan industri pelancongan dan penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, AirAsia kini sedang berusaha untuk menawarkan beberapa kempen menarik untuk memulihkan sektor pelancongan di Langkawi yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Beliau berkata, AirAsia turut dibarisi kakitangan hadapan yang divaksin sepenuhnya serta langkah-langkah keselamatan tanpa sentuhan dan kebersihan sempena pembukaan perjalanan udara dalam waktu terdekat.

“Kami membuat persediaan rapi untuk kembali terbang bagi memastikan tetamu kami menikmati pengalaman perjalanan yang lebih meyakinkan dan selamat bersama AirAsia.

“Di AirAsia, kami komited untuk melaksanakan semua protokol kesihatan dan kebersihan yang ketat di sepanjang perjalanan termasuk di kawasan terminal sebelum dan selepas penerbangan selain di laluan rayap dan kargo serta semasa penerbangan,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Di samping itu, Riad berkata, pihaknya juga mempertingkatkan prosedur dan inovasi yang lebih baik untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih baik.

“Penerbangan merupakan kaedah pengangkutan yang paling selamat, bukan hanya kerana langkah keselamatan menyeluruh yang dilaksanakan, bahkan ciri-ciri pesawat seperti sistem penapisan udara di dalam kabin dengan peredaran udara menghindari risiko jangkitan semasa penerbangan.

“Kajian yang dilakukan oleh agensi penerbangan antarabangsa juga telah membuktikan bahawa risiko jangkitan di dalam penerbangan adalah hampir sifar,” katanya.

Jelasnya lagi, pihaknya akan terus bekerjasama dengan kerajaan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Tourism Malaysia untuk menyokong pemulihan sektor pelancongan. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan