32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

Video tular: Menteri Kesihatan “baharu” ucap Assalamualaikum

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kurang dua jam dilantik sebagai Menteri Kesihatan yang baharu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sudah mula menjalankan tugasnya dengan memberi teguran ke atas video tular membabitkan seorang individu yang dilarang oleh petugas kesihatan untuk merakam video suntikan vaksin.

Ringkas namun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

“Assalamualaikum,” kongsinya menerusi ciapan di laman Twitter rasminya, hari ini.

Khairy yang sebelum ini memegang portfolio dari Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) turut berkongsikan video tular berkenaan dalam ciapan tersebut.

Video berdurasi lapan saat tersebut memaparkan seorang lelaki mahu merakam detik-detik dia disuntuk vaksin untuk dikongsikan kepada ahli keluarganya namun tidak dibenarkan berbuat demikian oleh salah seorang petugas kesihatan di situ.

Bagaimanapun, menurut lelaki tersebut jururawat yang menyuntik vaksin memberi kebenaran untuk dia merakam video tetapi dihalang oleh seorang petugas lain yang turut berada di situ dengan alasan Khairy telah pun meletakkan jawatan.

Baca juga:   Suami lengkap vaksin dibenar temani isteri bersalin

23 Julai lalu, Khairy menyatakan orang ramai dibenarkan merakam proses vaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV).

Malah, Khairy turut mengarahkan supaya prosedur operasi standard (SOP) diamalkan dengan menunjukkan picagari vaksin yang diisi dengan sempurna kepada penerima.

Pengumuman itu dibuat selepas terdapat aduan dua individu yang mendakwa mereka menerima suntikan kosong.

Sementara itu, sehingga pukul 3.15 petang tadi, ciapan berkenaan mendapat lebih 28,600 tanda suka, lebih 5,153 komen dan diulang ciap lebih 26,800.

Baca juga:   Golongan biadap terhadap Islam tidak boleh dibiar membiak

Salah seorang pengguna Twitter, Nadia Noor memuji tindakan pantas Khairy.

“Laju lepas kena lantik, cayalah,” kongsinya.

“Bagi intro macam Rajnikant,” kongsi Mr. Hill.

-EDISI9

Terkini

Aktif dalam pertubuhan belia bantu tambah merit ke IPTA

Oleh MOHD FAUZI FADZIL LAPORAN terbaru yang dibentangkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar menunjukkan bahawa...

Lagi Artikel Berkaitan