29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Rugi RM128, 498 terperdaya jualan bahan organik hasil vaksin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lima syarikat mengalami kerugian RM128,498 selepas terpedaya dengan penipuan dalam talian berkaitan penjualan bahan organik minyak Precatoria yang didakwa digunakan bagi menghasilkan vaksin Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya telah mengesan kegiatan penjualan bahan oraganik berkenaan kepada beberapa syarikat di negara ini dan sehingga kini, lima laporan polis diterima daripada mangsa.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, modus operandi yang digunakan sindiket berkenaan adalah dengan menghantar e-mel kepada syarikat disasarkan untuk menawarkan penjualan minyak itu.

“Mana-mana syarikat yang berminat diminta membuat pembayaran ke dalam akaun diberikan (akaun keldai) bagi tujuan membeli sampel bahan organik itu untuk menghasilkan vaksin Covid-19.

“Bagaimanapun selepas melakukan pembayaran, mangsa tidak menerima sebarang sampel dijanjikan malah sindiket juga gagal dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, dalam usaha menangani pandemik ini, pihak polis tidak menolak kemungkinan terdapat sindiket penipuan yang cuba menangguk di air keruh dengan menjadikan isu berkaitan Covid-19 sebagai modal meraih keuntungan.

Justeru itu menurutnya, polis menasihatkan orang ramai sentiasa berhati-hati dan berwaspada berkenaan perkara sebegini dan ditegaskan kerajaan sentiasa memberi keutamaan dalam sebarang Inisiatif menangani Covid-19 sama ada dari segi pemberian vaksin atau kajian pembangunan vaksin.

“Sehubungan itu, mana-mana individu atau syarikat yang ingin terbabit perlu merujuk kepada agensi kerajaan berkaitan sebelum membuat keputusan.

“Polis juga menggesa orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai penipuan penjualan bahan-bahan organik dalam menghasilkan vaksin Covid-19 agar tindakan segera dapat diambil ke atas individu tidak bertanggungjawab berkenaan,” tegasnya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan