31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tindakan anggota polis trafik selamatkan pemancing dipuji

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Tindakan pantas anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur serta orang awam menyelamatkan pemancing dipercayai tiga sekeluarga di Sungai Klang di sini, mendapat pujian netizen.

Menerusi perkongsian Facebook JSPT KL itu, ketiga-tiga individu berkenaan terdiri dari seorang lelaki, perempuan dan kanak-kanak dipercayai terperangkap dalam banjir kilat semasa memancing di sungai berkenaan berhampiran Jalan Kuching, petang semalam.

“Sebaik menerima maklumat dari Gerakan Trafik KL anggota Kawalan Lalulintas bertindak pantas menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan mangsa daripada lemas berikutan arus deras di lokasi kejadian.

“Sikap prihatin anggota JSPT KL dan orang awam membantu orang yang dalam kesusahan haruslah menjadi contoh kepada yang lain,” katanya dalam perkongsian di Facebook JSPT KL, di sini, hari ini.

Sementara itu, aksi dua anggota trafik serta orang awam membantu mangsa yang terperangkap dalam banjir kilat di sungai berkenaan menjadi tular di media sosial melalui rakaman video berdurasi 19 saat.

Kelihatan semua yang membantu sanggup menuruni jambatan masuk ke dalam sungai berarus deras bagi menyelamatkan mangsa bersama motosikal.

Sehingga pukul 4.15 petang tadi, video tular yang dikongsikan di Facebook JSPT KL itu telah mendapat tontonan lebih 126,000 kali, 449 reaksi dan dikongsi sebanyak 470 kali.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook Azizah Ayub memuji tindakan pantas berkenaan dan mendoakan agar bantuan itu mendapat balasan baik dari Allah.

“Alhamdulilah… sanggup lakukan walaupun diri sendiri dalam bahaya. Allah juga yang dapat membalas pada kalian.

Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Ruhis Ruhis memohon agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi penghargaan kepada anggota berkenaan.

“Tahniah anggota bertugas mengadaikan nyawa menyelamatkan mangsa. Minta PDRM bagi sijil pekerja terbaik kepada anggota bertugas,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan