27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

KPN beri amaran terhadap pihak cuba gugat ketenteraman awam

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas jika ada pihak yang menimbulkan hasutan serta menggugat ketenteraman awam susulan situasi semasa politik negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, orang ramai diminta untuk tidak gusar dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara berada pada tahap selamat.

Malah menurutnya, PDRM juga meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“PDRM juga sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak menggunakan apa jua medium yang boleh menimbulkan hasutan dan menggugat ketenteraman awam.

“Orang ramai turut diminta agar sentiasa mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   EAIC tak dapat menentusahkan kewujudan kartel dalam PDRM

Hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yasin membuat pengumuman meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya.

Muhyiddin berkata, keputusan itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Baca juga:   EAIC tak dapat menentusahkan kewujudan kartel dalam PDRM

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan Istana Negara berkata, susulan peletakan jawatan ini, Seri Paduka Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri (PM) sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

“Ini selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Seri Paduka Baginda hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri,” katanya. – EDISI9

Wartawan

Terkini

Cecair vape kena cukai bermula hari ini

CUKAI bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 0.40 sen setiap milimiter akan berkuat kuasa bermula hari ini. Perkara...

Lagi Artikel Berkaitan